Khidmat Bergerak Bukan Program Bermusim - Azalina

van-bergerak-51

13 Nov, Felda Semenchu - Program Khidmat Bergerak yang dihadiri sendiri oleh Ahli Parlimen Pengerang, YB Dato Sri Dr Azalina Othman Said diteruskan ke Felda Semenchu. Program yang sebelum ini mendapat maklumbalas positif dari orang kampung itu telah menjadi bahan bualan orang di kedai-kedai kopi. Rata-rata dari mereka memperkatakan kesungguhan Azalina dalam membela dan memperjuangkan nasib mereka.

Program yang diadakan di Felda Semenchu baru-baru ini semakin mendapat perhatian masyarakat berbanding sebelum ini. Ini diakui sendiri oleh Ketua UMNO Cawangan, Yaacub Ishak kebanyakkan dari mereka yang datang pada hari ini, bukan ingin mengadu nasib tapi lebih teruja untuk melihat semangat wakil rakyat mereka memberikan khidmat.

“rata-rata yang datang lebih kepada ingin melihat sendiri, pendekatan yang digunakan oleh Dato Sri kerana jarang malah tidak keterlaluan kalau dikatakan belum ada wakil rakyat yang pernah memberikan khidmat yang cemerlang seperti ini”

“kalau tidak masakan Felda Semenchu berjaya dinobatkan sebagai Felda Tercantik peringkat kebangsaan dan berjaya mengondol hadiah utama sebanyak RM1 juta serta terpilih sebagai Homestay Terbaik oleh Majalah Libur tidak berapa lama dahulu” katanya.

Antara kepimpinan kampung yang hadir ketika program ini dilaksanakan ialah, Ketua Kampung, Omar Dean, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri, serta jawatankuasa masjid Felda Semenchu.

Azalina ketika ditemui berkata sambutan yang mengalakkan dari masyarakat kampung ini telah memberi semangat kepada beliau untuk terus berkhidmat kepada mereka.

“ketika program ini mula dilaksanakan beberapa tahun yang lalu, ada yang mempertikaikan kerana khuatir ia hanyalah program bermusim, namun ternyata sangkaan itu meleset kerana kita telah laksanakan program ini sejak tahun 2004 hingga sekarang”

“semua aduan dan laporan yang diterima akan diteliti dan diproses secepat mungkin dan pihak saya akan memberikan maklumbalas dalam jangkamasa 1 minggu” tegas Azalina lagi.

Sejurus selepas itu, Azalina telah pergi melawat Balairaya Kampung Felda Semenchu bagi meneliti kerosakan yang dilaporkan oleh Pergerakan Wanita UMNO Cawangan itu. Azalina telah meminta pihak JKKK dan GPW untuk menghantar laporan penuh untuk membolehkan beliau memberikan tindakan segera.

Share This Post
    rss RSS 2.0    commentgreen Response

Leave a Reply

 

Warning: gzinflate() [function.gzinflate]: data error in /home/parlimen/public_html/wp-content/themes/green/footer.php on line 1